Isnin, 13 April 2015

Seorang Janda Maut Di Pukul Teman Lelakinya.

Gambar Hiasan Sahaja

***Info Kemaskini Terbaru***

JOHOR BAHARU 13 April - Seorang anggota polis berpangkat Koperal ditahan awal hari ini selepas disyaki membunuh seorang wanita di kawasan trek joging di bandar Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing, Supt. M. Kumar berkata, lelaki berumur 38 tahun itu sempat menghantar mangsa yang berumur 35 tahun ke Hospital Mersing sebelum dia ditahan.
"Dipercayai anggota polis berstatus duda dan wanita berstatus janda itu sudah lama berkenalan.
"Difahamkan wanita tersebut terlebih dahulu pergi ke rumah lelaki berkenaan di (kawasan) perumahan polis di bandar Mersing sebelum kedua-duanya kemudian ke kawasan trek joging tersebut menaiki sebuah motosikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kumar berkata dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka pada kira-kira pukul 11.45 malam sebelum wanita itu dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan senjata tumpul lalu tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian bertindak pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 10 minit dari tempat kejadian untuk mengambil keretanya dan berpatah balik mengambil dan menghantar mangsa ke hospital dengan kereta itu.
Katanya, wanita terbabit yang mengalami kecederaan di kepala, bagaimanapun, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Polis kemudian menahan lelaki itu yang sudah bertugas di daerah berkenaan sejak empat tahun lepas dan dia kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.
Menurut Kumar, mayat wanita berkenaan yang masih berada di Hospital Mersing akan dihantar ke sebuah hospital di sini untuk bedah siasat.

Sumber Info:BERNAMA 13 April 2015 5:43 PM (1.80496)
=====================================================================
Mersing: Seorang wanita 35 tahun maut selepas bergaduh dengan teman lelakinya di Hutan Bandar, Mersing, 12.30 tengah malam tadi.
Mangsa dikatakan pengsan selepas dipukul teman lelakinya berusia 38 tahun dalam pertengkaran di pondok rehat taman rekreasi itu.
Menyedari teman wanitanya pengsan, lelaki itu membawanya ke Hospital Mersing untuk rawatan tetapi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden M Kumar berkata, teman lelaki mangsa ditahan di hospital berkenaan sejurus mendapat laporan.
"Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Sumber Info:Mohd Sah Muda  Isnin, 13 April 2015 @ 2:26 PM (node43528)

===================================================================

MERSING: Seorang janda berusia 35 tahun maut dipukul teman lelakinya dalam pertengkaran di pondok di taman rekreasi di Hutan Bandar, Mersing, 12.30 tengah malam tadi. Mangsa yang mempunyai dua anak pada mulanya dikatakan pengsan selepas dipukul teman lelakinya berusia 38 tahun sebelum suspek menghantarnya mendapat rawatan di Hospital Mersing tetapi disahkan meninggal dunia ketika dirawat. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar, berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan teman lelaki mangsa di hospital berkenaan sejurus pihaknya menerima laporan kejadian kes berkenaan. "Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Sumber Info:BH onLine ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 2:54 PM (node 47379)
=================================================================
MERSING: A woman died after she was allegedly hit on the head with a motorcycle helmet by a police corporal during a heated argument here.
It was learnt that both the 35-year-old victim and the 38-year-old suspect had a verbal spat when she visited him at the Mersing police housing area along Jalan Jemaluang at around 9pm on Sunday.
The corporal then took the woman out on his motorcycle to a public jogging area about an hour later in an attempt to iron things out.
However, they started arguing again and the row turned physical.
Mersing OCPD Deputy Supt S.M. Kumar said the corporal, who has been with the police force for the past 19 years, was believed to have hit the woman with a helmet on her head, causing her to faint.
“He then tried to wake her up, but failed,” he said.
DSP Kumar said the corporal returned to his house 10 minutes later to get his car before sending her to the Mersing Hospital.
“The victim was pronounced dead upon arrival by the hospital staff,” he added.
DSP Kumar said a police team rushed to the hospital and detained the corporal after being informed of the incident the next day.

Source Info :TheStar Tuesday April 14, 2015 MYT 7:38:52 AM
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku






Tiada ulasan: