Isnin, 13 April 2015

Peragut Tumpas Kerana Mangsa Menjerit.


Kota Bharu: Cubaan seorang lelaki meragut telefon pintar milik seorang perempuan gagal selepas ditangkap orang ramai di Jalan Tok Guru di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, jeritan Norazura Wan Mahadi, 20, yang sedang membonceng motosikal bersama ibunya menarik perhatian orang ramai sebelum suspek berjaya ditangkap.
Norazura berkata, ketika kejadian dia berada di stesen minyak untuk mengisi minyak sebelum seorang lelaki menyambar telefon pintar jenis Lenovo yang dipegangnya dan melarikan diri.
"Saya bersama ibu cuba mengejarnya sambil menjerit 'pencuri' sekuat hati.
"Kebetulan seorang orang awam yang berada di kawasan berhampiran berjaya menahan lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber Info:Mohd Zulkifli Zainuddin (node 43533)Isnin, 13 April 2015 @ 3:36 PM






Sumber Foto :
Malaysian Team Respond
======================================================================
--------------------------------------------------------------
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: