Selasa, 14 April 2015

Kemalangan Semasa Program MCTP DI Nanga Mujong

***Info Telah Di Kemaskini***(14/4/2015 @12:15pm)

Kapit: Kecuaian seorang juragan menyebabkan seorang lelaki putus kaki kiri akibat tersepit di antara tali besi kapal dan kayu penghadang jeti di Nanga Mujong, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Fredrick Langkan Lawrence, 21, bersama seorang rakan sekerja mengarahkan juragan supaya tidak menggerakkan kapal dari kawasan jeti, namun tidak dipedulikan sehingga menyebabkan kejadian berlaku.
Sumber berkata, Fredrick cuba mengalihkan tambatan tali besi ketika juragan mengalihkan kapal berkenaan, malangnya kaki mangsa tersepit sehingga terputus selepas juragan terbabit enggan memberhentikan kapal dari terus bergerak.
Menurutnya, dua anak kapal yang menyaksikan kejadian segera menghulurkan bantuan, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.
“Sebelum itu, mangsa bersama anak kapal menjerit dan memberi isyarat tangan supaya juragan tidak menggerakkan kapal,tetapi tidak diendahkan.

Sumber Info:Kelvin Khoo (Node43592)Selasa, 14 April 2015 @ 9:16 AM

========================================================================

Laporan kemalangan semasa program MCTP di Nanga Mujong 

Tarikh : 10 April 2015
Butir2 mangsa:

Nama: Fredrick Langkan Anak Lawrence
No ic: 940531-13-5669 (21 tahun)
Alamat: Rumah Robin, Jalan Ridan,Melugu Skim,95000,Sri Aman,Sarawak.
Jantina: Lelaki
Status  : Bujang

Butir2 kejadian:

Kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengalihkan tambatan tali kapal pada 10 0830H Apr 2015. Ketika kejadian, kaki mangsa tersangkut pada tali tambatan.Mangsa bersama 2 x crew kapal telah menjerit dan memberi isyarat tangan bahawa jangan digerakkan kapal tetapi tidak diendahkan oleh juragan. Kaki mangsa tersepit di antara tali batang besi kapal dan kayu jeti lalu mengakibatkan kejadian ini. Mangsa telah di berikan rawatan kecemasan di atas kapal dan di hantar ke Hospital Kapit. 
Sekian untuk maklumat tuan.


Sumber Foto Dan Info Awal :
-JacpSparrow
-Whatsapp DiTW Parliment 2



===================================================
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku




Tiada ulasan: