Selasa, 7 April 2015

Di Saat Kita Punya Segalanya Jangan Lupa Pada Saudara Kita.



Dia Dikatakan menjadi Bahan ejekan bagi rakan2nya di sekolah kerana tidak punya kelebihan seperti mereka yang lain.Dia tidak punya pakaian yang cantik dan baru untuk ke sekolah Namun Kecekalannya dan ketabahan dalam dirinya yang sentiasa bersyukur maka dia tidak pernah mengambil hati terhadap ejekan yg di lemparkan kepadanya,kerana dia sedar tentang kehidupan keluarganya yang serba kekurangan......
Wartawan Harian metro Nor Farhani Che Ad telah mengupas isu ini dengan memuat naik artikelnya pada hari ini Selasa 7 April pada Jam 7:13 agar menjadi kesedaran kepada kita semua agar sentiasa bantu membantu di antara satu sama lain mengikut keupayaan kita jika kita bertemu dengan insan yang lebih memerlukan...Dan seperkara yg paling penting yang harus di pupuk dalam diri kita,anak2 kita adalah jangan mengejek atau memandang rendah apatah lagi menghina kepada orang yang serba kekurangan....

Berikut adalah Catatan dari Nor Farhani Che Ad untuk Tatapan kita semua..........

Sungai Petani: Walaupun sering menjadi bahan ejekan kerana datang ke sekolah dalam keadaan pakaian tidak terurus namun seorang kanak-kanak perempuan tidak pernah berkecil hati mahupun malu kerana memahami kehidupan keluarganya yang serba kekurangan.
Ini kerana keluarga murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Intan, di sini, Rokiah Ahmad, 11, yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik tinggal di atas tanah rizab di Kampung Permai, di sini, sekali gus tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air.
Ibunya, Habibah Lin, 45, berkata selepas suaminya, Ahmad Senawi, 66, lumpuh sejak 15 tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga dihimpit kemiskinan dan terpaksa bergantung harap kepada bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, walaupun lima anak yang lain sudah bekerja, namun mereka hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa selain perlu menampung perbelanjaan keluarga sendiri.
“Rumah kami tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air hingga terpaksa menggunakan generator untuk bekalan elektrik yang hanya mampu bertahan untuk beberapa jam saja pada waktu malam dan perlu membayar RM10 sebulan kepada jiran untuk kegunaan air bersih.


***Jika ada sesiapa yang ada niat ingin membantu keluarga tersebut mungkin boleh menghubungi
Nor Farhani Che Ad di  (am@hmetro.com.my)untuk keterangan lebih lanjut.

Tiada ulasan: