Isnin, 6 April 2015

Kemalangan Maut Di Flat KPC Pelabuhan Kuantan.


***Info Update***

Kuantan: Dua terbunuh manakala seorang parah selepas kenderaan dinaiki bertembung di depan Flat Lembaga Pelabuhan Kuantan, di Jalan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa yang terbunuh iaitu pemandu kereta, Robiah Mohd Rawi, 26, berasal dari Kampung Merbau Menyusut, Sungai Tong, Permaisuri,Terengganu dan penunggang motosikal, M Sanada, 46, berasal dari Rumah Sinju Kampung Aping, Sungai
Tenggang, Sri Aman, Sarawak.
Mangsa yang cedera, Mohd Azrin Abdullah Zaib, 34, tinggal di Taman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka, Maran dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, sebelum kejadian, van dipandu Mohd Azrin dalam perjalanan menghala ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai memotong sebuah kenderaan namun masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta dipandu Robiah serta motosikal ditunggang Sanada.
"Akibat rempuhan itu, Robiah tersepit dalam kenderaan dipandunya manakala Sanada terpelanting di tengah jalan," katanya.

Sumber Info:Shahrul Nizam Mohamad


***Info Awal***
Kemalangan Maut telah berlaku di Hadapan Rumah flat KPC pelabuhan kuantan Pahang.Kemalangan membabitkan sebuah motosikal,sebuah Van dan sebuah kereta ViVa.
Di laporkan 2 orang maut serta merta di tempat kejadian.




 Sumber Foto & Info Awal:
-Sudu Biru Kuning

------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ #viral #kebakaran #Murder

Tiada ulasan: