Isnin, 6 April 2015

4 perempuan Vs Pemandu Teksi di Hadapkan ke Mahkamah.








Sumber Video:Oh!Media

SHAH ALAM - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tiga tuduhan memukul tiga wanita dan merosakkan sebuah kenderaan, minggu lalu.

Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap tiga beradik Sharifah Fara Difla Syed Faried, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Rayyana, 24.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan stesen minyak Petron, Persiaran Kayangan Seksyen 7, dekat sini, jam 3.30 pada 29 Mac lalu.

Sebelum ini, sebuah video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam  yang melibatkan 9 gadis memaki hamun lelaki usia pertengahan itu tersebar dan menjadi viral di internet.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Punca kejadian itu didakwa berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.

Sumber Info:TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
6 April 2015



Sumber Video daripada :Halaman Oh!Media





Sumber video daripada :Harian Metro * myMetro

-----------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ #viral

Tiada ulasan: