Rabu, 13 Mei 2015

Empat Pemandu Cedera Parah Di Chendor


Kuantan: Empat pemandu cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung sesama sendiri, di Jalan Kuantan- Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak, di Chendor, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.36 petang itu, keempat-empat mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti namun semua mangsa dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.
"Kita tidak pasti punca kemalangan sebenar kerana sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati empat kenderaan iaitu lori membawa muatan tanah, Proton Perdana, Nissan Navara dan Proton Wira berada dalam keadaan bergelimpangan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Katanya, semua mangsa yang cedera parah itu dibantu orang awam dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Sumber Info:Shahrul Nizam Mohamad (node 50677)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 6:49 PM













Sumber Foto:
-Miey MTr
-Mamat profia DiTw

Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini


Tiada ulasan: