Sabtu, 4 April 2015

Sebuah Kereta merempuh belakang sebuah lori 3 tan.(3/4/2015)

Klang: Seorang wanita berusia 20-an parah apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang lori tiga tan di Jalan Kebun, Klang tengah malam tadi.
Kejadian 12.20 tengah malam itu menyebabkan kereta mangsa remuk dan mangsa tersepit di ruang pemandu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.18 tengah malam dan anggota daripada dua balai bomba berhampiran bergegas ke lokasi kejadian.
"Pemandu wanita itu melanggar sebelah kiri lori tiga tan berhampiran Mardi, Jalan Kebun.
"Anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber Info :Naqiukamil Abdullah

*********Info Awal*************
kemalangan di antara sebuah kereta dan lori 3 tan berhampiran Bulatan jalan kebun hala ke Kampung Jawa Klang.Kejadian Berlaku pada jam lebih kurang 12:22 tgh malam.seorang Wanita cedera Parah.

Sumber Info & Foto :JBPM
Sumber Foto :Areef Al Waleed






-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
‪#‎baganseraikampunghalamanku

Tiada ulasan: