Sabtu, 4 April 2015

Pemandu tersepit bas terbabas dan Maut dekat Tapah Semalam (3/4/2015)


TAPAH: Seorang pemandu bas persiaran tersepit di bawah bas dipandunya selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 317 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa dipercayai mengantuk lalu gagal mengawal kenderaan menyebabkan basnya terbabas ke kiri jalan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tapah, Abu Hassan Shaari Mat Isa, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa tersepit di bawah kenderaan itu.
"Pemandu bas itu dipercayai terpelanting keluar melalui cermin hadapan selepas terbabas sebelum bas yang terus bergerak ke hadapan menghimpit mangsa hingga menyebabkan mangsa tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan kren mini dengan bantuan Balai Bomba Gopeng dan menghantar mangsa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut," katanya.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata mangsa, Yeoh Tian Bun, 24, yang memandu sebuah bas persiaran tanpa penumpang maut di tempat kejadian akibat tersepit.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri.
"Bas kemudiannya masuk ke dalam longkang dan berhenti secara tersandar pada longkang.
"Akibat dari kemalangan ini pemandu tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bawah bas yang bergerak menghimpit mangsa.

sumber Info :BH
sumber Foto:JBPM






-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
‪#‎baganseraikampunghalamanku

Tiada ulasan: