Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit di bawa oleh ibu bapanya ke kompleks beli belah itu sebelum jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Difahamkan kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
sumber info:Mohamad Azim fitri Abd Aziz
***Gambar Gambar Berkenaan Mungkin akan menyebabkan anda merasa tidak senang atau tersinggung dengan melihatnya.Namun Paparan Foto -Foto ini adalah untuk pengajaran dan ikhtibar kepada Masyarakat umum khususnya para Ibubapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka apabila pergi membeli belah di Pasaraya atau ke mana sahaja anda berada.
Sumber-Sumber Foto Ehsan Daripada :
-Darekiey muhammad Idaqi
-DiTw
-Syam Kamal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan