Jumaat, 24 April 2015

Hentikan Penyebaran Berita Palsu

Sumber Foto:Hmetro

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran maklumat yang meminta wanita dan kanak-kanak supaya berwaspada ketika keluar rumah kerana dikhuatiri diculik sebelum dibunuh bagi penjualan organ dalaman adalah tidak benar.
Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata sehingga ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian terbabit di kawasan yang dinyatakan dalam maklumat palsu berkenaan.
Menurutnya, penyebaran maklumat palsu ini dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan ia akan hanya membangkitkan kegusaran masyarakat tanpa sebab.
"Jadilah masyarakat yang bijak menilai sesuatu berita dengan menyemak dahulu kesahihannya sebelum berkongsi dengan pihak ketiga.
"Penyebaran berita yang tidak benar harus berhenti di tangan anda kerana ianya akan menyebabkan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, malam tadi.

Sumber Info:Fardy Bungga (node 45903)
Khamis, 23 April 2015 @ 11:15 PM

Sumber Foto:Hmetro

Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini 
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku 
Melalui Talian Hp +601126422627 


Tiada ulasan: