Jumaat, 24 April 2015

Pemandu lori Maut Di KM 414.0 Lebuhraya Utara Selatan (22/4/2015)



Kuala Kubu Bharu: Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih tiga jam mengeluarkan mayat S Manivannan, 30, yang maut selepas treler dipandunya terbabas dan terjatuh ke bawah jambatan di Kilometer 414.0 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Lembah Beringin awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pada 5.45 pagi dan difahamkan treler dipandu mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya lalu terjunam ke bawah jambatan.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu (BBPKKB) Omar Mohd Yatim berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.48 pagi dan pihaknya tiba di lokasi pada 6.32 pagi."Operasi menyelamat mengambil masa berikutan kedudukan mangsa di bawah kepala treler yang terbalik.“Operasi disambung pasukan kedua pada 9.25 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II BBPKKB Shamsol Majidy Hassan berkata, pasukannya berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira tujuh minit selepas pasukannya mengambil alih tugas mengeluarkan mangsa.Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Sumber info:Amrullah Abdul Karim (node 45581)
Rabu, 22 April 2015 @ 11:56 AM

Sumber Foto:JBPM


-------------------------------------------------- ------- 
Jika Anda Ada Sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini
Dan Anda Ingin Kongsikan Secara Sukarela
Anda Boleh hantar Artikel Bahan tersebut ke Whatsapp BSKHku
Melalui Talian Hp +601126422627






Tiada ulasan: