Ahad, 12 April 2015

Video CCTV Rompakan Kedai Emas Jalan Tunku Abdul Rahman


KUALA LUMPUR - Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 6 petang tadi ketika kedai tersebut masih beroperasi.
"Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.
"Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
 Beliau berkata, kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.Zainuddin berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.
"Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 4, Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.
Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada jam 3.45 petang tadi.  Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.
"Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.
"Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3," katanya ketika dihubungi.
 Kesemua suspek sedang diburu.

Sumber Info :Wartawan Sinar Artikel 10/4/2015











Paparan CCTV Video Rompakan Kedai Emas


Sumber Video :
-Pemilik Asal CCTV
-Sukan Star Tv 

===========================================================
***Makluman***
Jika anda ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini yang anda ingin kongsikan secara Sukarela
Anda boleh menghantar Bahan Artikel Tersebut melalui Whatsapp di Talian 601126422627
Anda perlu Nyatakan
1-Tarikh Dan Masa Kejadian
2-Serba Ringkas Info  Kejadian Tersebut.
3-Bahan Artikel Mestilah kepunyaan Anda sendiri.
4-Jika Bahan Artikel dari hasil perkongsian dari Group atau Rakan Anda,Anda  mestilah menyatakan Sumber Perolehan Bahan Kepunyaan nama Pemilik Asal atau Nama Sumber yang anda dapat..
5-BAHAN yang menghina sesuatu Kaum,politik,lucah dan yang boleh mengugat kesejahteraan Negara atau Individu atau Agama adalah TIDAK DI BENARKAN SAMA SEKALI.

***Bahan Artikel FOTO atau VIDEO yang kepunyaan Anda dan anda kongsikan dengan BSKHku adalah HAK MILIK ANDA,admin hanya tolong menyiarkannya dengan membawa nama pemberi sumber Asal atau Nama Pemberi Info***

Sekian Terima Kasih.


Tiada ulasan: