Rabu, 10 Jun 2015

Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera




















Gua Musang: Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 1.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini kira-kira 2 petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu mangsa Che Nazran Che Nat, 30-an dari arah Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan dan bertembung dengan kereta dinaiki enam sekeluarga.
Pertembungan itu menyebabkan Che Nazran yang bertugas di Balai Polis Serdang meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan enam sekeluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun parah dengan empat daripadanya tercampak keluar dari kenderaan.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM). Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber Info:Ramli Ibrahim (node 56750)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 5:34 PM

Sumber Foto:
#InfoCrewBSKHku

Lawati Kami di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku untuk berita yang terbaru dan yang telah di kemaskini.

Jika anda mempunyai info atau maklumat yang ingin di salurkan kepada kami,anda boleh salurkan ke No Talian Whatsapp kami di 01126422627

Tiada ulasan: