Khamis, 16 April 2015

Lelaki Warga India Di Temui Maut Di Dalam Longkang


Sumber Foto:
-Felixx ooi

Butterworth: Lelaki warga India ditemui maut di dalam longkang dengan kesan kecederaan di leher dan dagu di Jalan Bagan Dalam Butterworth kira-kira jam 10.41 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di dalam longkang di lokasi kejadian yang berhadapan Pejabat Pos Bagan Dalam, di sini.
Difahamkan, mangsa yang cedera di leher dan dagu itu dipercayai dibunuh berdasarkan
siasatan awal polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber Info: Shamsul Munir Safini (node44238)
Khamis, 16 April 2015 @ 2:36 PM


GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki warga India ditemui dengan beberapa kesan kecederaan dalam sebuah longkang besar di Jalan Bagan Dalam, Butterworth di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki dikenali sebagai K. Ajay, 30, itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 10.40 pagi.
"Berdasarkan keadaan mayat, polis percaya lelaki yang memakai seluar jeans biru dan kemeja-T putih itu mati tidak sampai 24 jam lepas.
"Polis turut menemui pasport dan visa pekerja milik lelaki itu bersamanya, berdasarkan rekod visa, mangsa bekerja di sebuah tapak pembinaan di Manjung, Perak," katanya kepada pemberita di sini.
Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber Info:   Kosmo 16/04/2015 5:28pm







Sumber Foto:
-Felixx ooi

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 









Tiada ulasan: