Khamis, 16 April 2015

Dua Orang Maut Di Rempuh Grand Livina Di Melaka.


Sumber Foto:Muhammad Azwanudin

JASIN - Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya maut apabila motosikal mereka naiki dirempuh sebuah kereta dari arah hadapan di Kilometer 14 Jalan Melaka-Muar di sini pada pukul 6.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian itu penunggang motosikal, Norazmi Muhammad, 46, dan rakannya, Badrinorizaham Mahmud, 32, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Motosikal dinaiki dua lelaki itu yang datang dari arah Umbai menghala ke Merlimau telah memasuki laluan bertentangan mengakibatkan sebuah kereta dari arah Merlimau gagal mengelak dan merempuh motosikal tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber Info:
-Bernama
-Kosmo
16/04/2015 5:20pm




Sumber FoTo :
Muhammad Azwanudin
DiTw

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 




Tiada ulasan: