Khamis, 16 April 2015

Seorang Guru Maut Di Rempuh Lori

Sumber Foto:
Muhammad Fahmie

Kota Bharu: Seorang guru lelaki yang rutin hariannya berulang-alik dari Kampung Penambang, di sini ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai demi mendidik anak bangsa, maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori di depan sebuah pasar raya di Kampung Mulong, dekat sini, pagi tadi.Dalam kejadian 6 pagi itu, Mohd Zaki Mohd Nor,40, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Kia Spectra dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai untuk bertugas.
Katanya, lori yang merempuhnya dalam perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya

Sumber Info:  Rosliza Mohamed (node44240)
Khamis, 16 April 2015 @ 2:37 PM


KOTA BHARU - Seorang guru maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah lori treler dari arah bertentangan ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah di Jalan Mulong di sini, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Mangsa Mohd Zaki Mohd Nor, 40 memandu kereta jenis Kia Spectra dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia Kuala Krai.
Mohd Zaki, baru tiga hari memulakan tugas setelah dua bulan mengambil cuti rehat selepas membuat rawatan pintasan jantung.
Mangsa yang tinggal di Kampung Penambang Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) itu sanggup berulang alik setiap hari dari rumahnya ke sekolah yang mengambil masa lebih dua jam perjalanan dari Kota Bharu ke sekolah berkenaan.
Isteri mangsa, Hanafitriah Yusof, 39, berkata, dia yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melor hanya dimaklumkan mengenai kejadian oleh rakan setugas selepas menerima panggilan telefon.
"Terkejut bukan kepalang apabila menerima berita itu, namun saya tabahkan hati dan terus ke hospital untuk mengetahui keadaan mayat suami saya.
"Tidak saya sangka suami telah pergi selama-lamanya meninggalkan saya dan anak-anak memandangkan tiada sebarang petanda pelik ataupun perubahan yang berlaku padanya. Namun apapun saya reda dengan ketentuan ALLAH SWT," katanya kepada pemberita.
Mangsa meninggalkan empat anak berusia antara 13 hingga 2 tahun.
Menurut Hanafitriah lagi, jenazah suaminya dimandi dan dikafankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Penambang.
Sementara itu Ketua Polis Derah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, pemandu lori berkenaan juga mengalami kecederaan akibat tersepit.
"Setakat ini kita masih jalankan siasatan dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,"katanya.

Sumber Info :ROSALWANI CHE SOH   Wartawan SH (1.380166)
16 April 2015





KOTA BHARU - Seorang guru maut selepas kereta jenis Kia Spectra yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Pasar Raya PKT Mulong dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa Mohd. Zaki Mohd. Nor, 40, dari Kampung Pintu Gang di sini maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pemandu treler berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan akibat tersepit di tempat duduknya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md.Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber Info: Wartawan Kosmo Nor Afiqah Mat Nor 16/4/2015 @15:02pm







Sumber Foto:
Muhammad Fahmie

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 





Tiada ulasan: