Khamis, 16 April 2015

Pemandu Bas Ekspress Maut Di Jalan Miri-Bintulu

Sumber Foto:
-Jason Changgai Rodriguez
-Hafizi Jambu
-JBPM
-DTr

Miri: Pemandu bas maut manakala tiga penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbalik di Jalan Miri-Bintulu berdekatan Sarawak Oil Palms Berhad di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.15 pagi, bas yang dinaiki lapan penumpang itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, terdapat lapan penumpang di dalam bas berkenaan iaitu tiga tiga wanita dan lima lelaki.Menurutnya, pemandu yang maut dikenali sebagai Liew Yeh Shin, 52, manakala yang cedera
adalah dua lelaki dan seorang wanita."Penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sumber Info:Mohd Rizal Abdullah (node44195)
Khamis, 16 April 2015 @ 12:08 PM




MIRI - Seorang lelaki maut manakala empat cedera apabila sebuah bas penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Miri ke Sibu terbalik di km 41 jalan Miri-Bintulu berhampiran Sarawak Oil Farm Berhad kira-kira pukul 9 pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata mangsa terbunuh ialah pemandu bas berkenaan, Liew Yeh Shin, 52, manakala empat penumpang cedera, iaitu dua lelaki dan dua wanita, diberi rawatan perubatan oleh pasukan perubatan ambulans Hospital Miri.
"Mangsa tersepit di dalam bas dan disahkan mati oleh pasukan perubatan. Punca kemalangan masih disiasat," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata sebelum kejadian, bas tersebut bertolak dari terminal bas di sini pada pukul 8.15 pagi dengan membawa lapan penumpang.
Katanya bomba dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 9.15 pagi dan segera menggegaskan sembilan anggota dari Balai Bomba Miri dan Balai Bomba Lopeng ke tempat kejadian.

Sumber Info :
-Sinar Harian
-Bernama









Sumber Foto:
-Jason Changgai Rodriguez
-Hafizi Jambu
-JBPM
-DTr

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 







Tiada ulasan: