Ahad, 5 April 2015

Tangan Tersepit Di Dalam Mesin Pengisar Daging









***Info Update***
Raub: Tempoh sejam terasa amat lama dan menyeksakan bagi seorang lelaki warga Indonesia apabila tangan kirinya ‘terbenam’ ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang di Bukit Telaga, Bukit Fraser, dekat sini, sebelum berjaya dikeluarkan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.44 tengah hari itu, mangsa berusia 40 tahun dikejarkan ke Hospital Raub, di sini, untuk rawatan selepas tangan kirinya separuh hancur dikisar mesin berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, kejadian disedari rakan mangsa yang terdengar jeritannya meminta pertolongan.
“Rakannya tidak berani membantu kerana tangan mangsa sudah termasuk ke dalam mesin berkenaan lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk meminta bantuan,” katanya.
Beliau berkata, anggota bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memecahkan mesin pengisar daging itu sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa tidak menyedari tangannya termasuk ke dalam mesin berkenaan kerana terlalu leka bekerja.


Sumber Info :Metro Harian (6/4/2015)
=================================================
Laporan Awal

Pihak Bomba telah menerima panggilan  kecemasan khidmat Khas pada pukul 12:44 tengah hari (3/4/2015) mengatakan terdapat seorang lelaki warganegara Indonesia telah tersepit tangannya di dalam mesin pengisar beralamat di Bukit Telaga Jalan Bukit Fraser.Operasi di ketuai oleh PBK II 4791 bersama 5 anggota menuju ke lokasi kejadian.

Sumber Foto:
-FmFr Kirrie
-Muhammad fahmie
-Syam Kamal
-Wan Azril Wan Amir

Admin:Sentiasa berhati-hati apabila anda mengunakan apa jua peralatan mesin walau di mana anda berada.

-------------------------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬

Tiada ulasan: