Jumaat, 15 Mei 2015

2 Wanita Maut Di Sri Lalang Laut



Mersing: Dua wanita maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan motosikal lain di Jalan Persiaran Pantai Kampung Sri Lalang Laut dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian 5 petang itu, Aishah Sabri, 44 dan pembonceng motosikal, Fatimah Mat Said 23 dari Air Papan ke bandar Mersing dikatakan membelok ke kanan sebelum dilanggar dari belakang oleh motosikal lain.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah di kepala.
Aishah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing, manakala Fatimah meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, penunggang motosikal yang melanggar motosikal mangsa dikenali sebagai Salleh Roslan, 63, turut parah dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber Info:Mohd Sah Muda (node 50950)
Jumaat, 15 Mei 2015 @ 12:02 AM






Foto:Salah Satu Daripada Mangsa Kemalangan Terbabit
Sumber Foto:
-Nora Rosli
-Dumex Jiman
-Ayie Sempoi


AL-FATIHAH


Lawati Kami di Tapak Asal Di Facebook Untuk Mengikuti Berita Yang sentiasa di kemaskini


Tiada ulasan: