Sabtu, 23 Mei 2015

Wang Kertas Dan Syiling Yang Pertama Di Cetak



Enam keping wang kertas pertama Malaysia di bida sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun 2013.
Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001. 5 keping wang kertas siri pertama itu dihadiahkan oleh Tun Ismail Mohamed Ali kepada Agong pertama ketika itu lengkap bersama folder rasmi BNM 1967.

Sumber Info & foto:
-Oldmoney4me



Bank negara Malaysia(BNM) telah ditubuhkan pada tahun 1959 dibawah ordinan Bank Negara Tanah Melayu yang diberi kuasa mengeluarkan matawang Negara. Realitinya lembaga suruhanjaya matawang Malaya & British Borneo masih aktif sehingga Jun 1967. Pada 16 Januari 1969, kesemua sah taraf matawang Malaya yang lama dimansuhkan sepenuhnya.

Malaysia & Bank Negara telah melancarkan duit syiling pertamanya pada 1967 dengan edisi keluaran 1 sen daripada tembaga,5 sen,10 sen,20 sen & 50 sen pula daripada kupro nikel. Muka hadapan tertera Bangunan Parlimen & Bulan Bintang yang berkonsepkan Demokrasi berparlimen & Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Pada muka belakang pula, lambang Bunga Raya dengan perkataan MALAYSIA berserta tahun penempahan(minting) syiling tersebut.

Duit-duit syiling ini telah direka oleh Geoffrey Colley.Duit-duit syiling ini di keluarkan diantara tahun1967 hingga 1988. Dua jenis tembaga Duit 1 sen 1976 telah dikeluarkan, iaitu satu diperbuat daripada tembaga dan satu lagi diperbuat daripada tembaga-clad steel.
—–

Tahun-tahun syiling yang tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Duit 1 sen: 1969, 1972, 1974 & 1975.
Duit 5 sen: 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984.
Duit 10 sen: 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987.
Duit 20 sen: 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985 & 1986.
Duit 50 sen:1970, 1972, 1974, 1975 & 1976.
—–

Duit2 50 sen tahun 1967,1968 & 1969 dikeluarkan dengan dua versi iaitu ‘Milled Edge’ dan ‘Security Edge’. Lihat gambar foto lampiran. Duit 50 sen ‘milled edge’ telah memecahkan rekod harga matawang syiling Malaysia. Nilai lelongan tersebut telah mencapai sehingga lebih daripada RM10,000 sekeping pada 19 November 2013 di Singapura.

Duit-duit $1 pula hanya dikeluarkan pada tahun 1971, 1971 (proof),1980, 1981, 1982, 1984, 1985 & 1986.

Sumber Info:
-Dr Abdul Fatah Musa
-The Patriots


Lawati Halaman Kami Di Tapak Facebook Untuk Mendapat Kemaskini Yang Terkini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Jika Anda Berminat Untuk Menyertai Crew Kami Dalam Memberi Info.Anda Bolehlah Menghubungi Para Admin Di Talian Yang Tertera seperti di dalam foto tersebut.Nyatakan nama anda dan tempat tinggal anda



Tiada ulasan: