Rabu, 10 Jun 2015

kemalangan sebuah Bas Dan Myvi Di Jitra 6/6/2015



Jitra: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan bas di Batu 9 Jalan Alor Setar-Kangar, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 2.30 petang tadi, lelaki terbabit yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu bas lelaki, 59, mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Kangar ke Alor Setar dan disyaki memotong kenderaan lain dari arah sama sebelum bertembung dengan bas dari arah bertentangan.
Menurutnya, lelaki terbabit yang gagal mengelak terus merempuh bas menyebabkan dia tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu bas yang cedera parah dirawat di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.
Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya
Sumber info:Muhaamad Hafis Nawawi
Sabtu, 6 Jun 2015 @ 7:27 PM

Sumber Foto:
-Denish Hakimmie Marzaid
-Ujang Jb
-‪#‎NICrew‬ (Northern Info Crew)
-‪#‎InfoCrewBSKHku‬
-‪#‎ADcrew‬

Kemalangan di Kamunting pada 7 Jun 2015



Taiping: Dua wanita maut, manakala seorang remaja perempuan parah selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran susur keluar Tol Kamunting pada 8.15 malam tadi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam sebelum segera mengerakkan sepasukan anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati dua buah bas dan lima kereta terbabit dalam kemalangan itu.
"Ketiga-tiga mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
"Dua buah bas ekspres dan tiga kereta termasuk dua kenderaan pacuan empat terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas sesak teruk sehingga lebih lima kilometer.
Sumber Info:Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi (node 56336)
Ahad, 7 Jun 2015 @ 11:33 PM


Kemalangan Di Jalan Jelatek Kuala Lumpur





Kuala Lumpur: Kira-kira 25 kenderaan rosak apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan tanah yang dipercayai mengalami masalah brek di Jalan Jelatek menghala ke Setiawangsa, petang tadi.
Kejadian pada 5.45 petang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Setiawangsa itu dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.
Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), laluan dua lorong di jalan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi kerja mengalih kenderaan dan siasatan polis trafik.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan dalam kejadian itu.
"Kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku kira-kira dua jam sebelum satu lorong di jalan itu dibuka kepada kenderaan kira-kira 8 malam tadi," katanya.
Sumber Info:Asmah Rusman (node 56777)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 9:25 PM

Sumber Foto:
Ujang JB
Aaw
‪#‎DTRAaw‬
‪#‎ADCrew‬
‪#‎InfoCrewBSKHku‬


Seorang Individu yang berbogel Di Gunung Kinabalu di Tahan Polis


Tawau: Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Keong Ho Eng mengesahkan seorang individu yang berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu ditahan polis di Lapangan Terbang Tawau, tengah hari tadi.
Bagaimanapun, Keong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan terbabit dan hanya mengesahkan seorang wanita pelancong asing itu ditahan di lapangan terbang terbabit.
Menurut sumber, wanita terbabit ditahan sebelum berlepas dari Tawau ke Kuala Lumpur tengah hari tadi.Terdahulu, pada 30 Mei lalu, 10 pendaki warga Eropah yang menyertai aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bertindak berbogel sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.
Perbuatan itu membangkitkan kemarahan masyarakat negeri ini dan mengaitkan kejadian gempa bumi pada Jumaat lalu disebabkan sikap mereka yang tidak menghormati adat ketika berada di Gunung Kinabalu.
Sumber Info:Norasikin Daineh (node 56756)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 7:02 PM

Sumber foto:
Ujang JB
‪#‎ADCrew‬
‪#‎InfoCrewBSKHku‬


Seramai 18 orang cedera apabila sebuah kereta yang terbabas
















Sydney: Seramai 18 orang cedera apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh kafe di Ravenshore, 1, 710 kilometer di utara Brisbane, melanggar tong gas dan menyebabkan kebakaran hari ini.
Menurut jurucakap polis, kebakaran tong gas itu menyebabkan kafe berkenaan terbakar dan 18 orang cedera dengan tiga daripadanya parah.
Mangsa yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan manakala yang cedera parah diterbangkan dengan helikopter.
Seorang pekerja ambulans berkata, ramai yang cedera akibat melecur dan dan bomba terpaksa mengambil masa beberapa jam untuk memadamkan kebakaran kafe itu.
Menurut laporan akhbar Cairns Post, berlaku tiga letupan yang hampir menerbangkan bumbung kafe berkenaan dan gegaran boleh dirasai di seluruh pekan yang berpenduduk kira-kira 1,000 orang itu.
Saksi, Ken Hodge memberitahu Australian Broadcasting Corporation, dia nampak dua kereta bertembung di depan kafe berkenaan dan satu daripadanya melambung masuk ke dalam kafe. - AFP

sumber Info:Wartawan Hmetro (node 56740)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 3:38 PM

Lawati kami di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku.
Kongsikan sebarang maklumat kepada kami di No Talian Whatsapp 01126422627


Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera




















Gua Musang: Seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 1.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Bandar Utama di sini kira-kira 2 petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja dipandu mangsa Che Nazran Che Nat, 30-an dari arah Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan dan bertembung dengan kereta dinaiki enam sekeluarga.
Pertembungan itu menyebabkan Che Nazran yang bertugas di Balai Polis Serdang meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan enam sekeluarga termasuk warga emas berusia 70 tahun parah dengan empat daripadanya tercampak keluar dari kenderaan.
Mangsa cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM). Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber Info:Ramli Ibrahim (node 56750)
Selasa, 9 Jun 2015 @ 5:34 PM

Sumber Foto:
#InfoCrewBSKHku

Lawati Kami di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku untuk berita yang terbaru dan yang telah di kemaskini.

Jika anda mempunyai info atau maklumat yang ingin di salurkan kepada kami,anda boleh salurkan ke No Talian Whatsapp kami di 01126422627

Rabu, 27 Mei 2015

Penumpang AirAsia Mengamuk







Seorang Penumpang wanita gagal menepati waktu penerbangan yang telah dijadualkan menyebabkan kapten kapal terpaksa menutup pintu pesawat.
Paparan awal menunjukkan wanita terbabit enggan beredar dari ruang Aero Brigde sebuah pesawat yang telah bersedia untuk berlepas.manakala paparan kedua pula menunjukkan wanita terbabit bergelut dengan beberapa polis bantuan yang menariknya keluar dari ruang Aero Bridge kerana bimbang akan keselamatannya.
wanita itu kerap mengulangi persoalan yang sama, kenapa dia tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
Seorang Pegawai AirAsia telah tampil memberi penerangan kepadanya
Menurut sumber, adalah polisi syarikat penerbangan yang mengarahkan para penumpangnya menunggu 40 minit lebih awal di balai pelepasan dan masuk awal ke pesawat 20 minit awal sebelum berlepas.
Bagi penumpang yang gagal mengikut waktu yang dijadualkan, bagasi mereka akan dikeluarkan dari pesawat dan nama mereka juga akan dibatalkan dari senarai penumpang.
Ianya tidak semudah itu untuk membuka pintu pesawat dan menerima penumpang yang lewat. Ia memerlukan prosedur yang panjang untuk membatalkan penerbangan bagi menerima penumpang yang lewat.
Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, anak-anak kapal akan bersedia untuk berlepas. Manakala, juruterbang pesawat pula tidak boleh diganggu melainkan hal-hal kecemasan yang melibatkan nyawa dan keselamatan.
Sekiranya pintu pesawat dibuka, ia akan mengakibatkan kerugian beribu ringgit kerana penerbangan pesawat terpaksa ditunda dan hilang giliran untuk berlepas dari landasan. Selain itu, juruterbang juga perlu meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas dari landasan yang mana perlu menunggu selama 30 - 40 minit, bergantung kepada trafik.
Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan susulan pula akan mengalami masalah berikutan kelewatan yang tidak dijangkakan itu.
Hanya kerana seorang penumpang terlewat, ia boleh mendatangkan masalah kepada para penumpang yang lain.

Sumber Info:
-‪#‎Thehypermedia‬
-‪#‎InfoCrewBSKHku‬

Lawati Halaman Kami Di www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Kongsikan Sebarang Berita Yang Anda Ketahui dengan para Admin Di Talian Yang Tertera Di Dalam Foto Di Bawah....


Isnin, 25 Mei 2015

Kemalangan Maut di Ajil Terengganu (Kemaskini Terbaru)



Hulu Terengganu: Empat orang termasuk dua kanak-kanak selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), dekat sini, kira-kira 4 petang tadi.
Dua lagi penumpang kereta jenis Kia Spectra itu parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Difahamkan, kesemua mangsa gagal keluar daripada kenderaan selepas kereta mereka dirempuh lori 10 tan tanpa muatan.
Kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan musnah terbakar, manakala bahagian depan lori terbakar 50 peratus.
Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.19 petang.

Sumber Info:
Zatul Iffah Zolkiply dan Rosli Ilham (node 53120)
Ahad, 24 Mei 2015 @ 6:53 PM

Rakaman Video

Kuala Terengganu: Pemandu lori direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini, semalam yang mengakibatkan empat sekeluarga retung manakala dua cedera.
Majistret Rozianti Mohamad Hanaphi membenarkan suspek berusia 35 tahun direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.
Suspek yang berasal dari Labis, Johor tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada 11.40 pagi.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, pemandu dan tiga penumpang kereta itu termasuk dua kanak-kanak mati terbakar selepas kereta dirempuh lori 10 tan.
Dua lagi penumpang terselamat kerana berada di luar kereta ketika rempuhan berlaku, namun seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dikatakan berhenti selepas keretanya rosak sebelum dirempuh lori.

Sumber Info:Zatul Iffah Zolkiply
Isnin, 25 Mei 2015 @ 2:26 PM



Kuala Terengganu: Mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Hulu Terengganu, Hafshah Wangai, 56, yang parah di kepala meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, selain parah di kepala, mangsa turut patah tulang rusuk serta anggota dalaman.
Menurutnya, kini mangsa yang maut dalam kemalangan itu menjadi lima orang termasuk empat rentung dalam kereta.
Selain Hafshah, turut maut dalam kejadian itu ialah Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana, 23; Umar Rayyan, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, setahun.
Isteri Ahmad Razi yang juga adik Hafshah, Sharifah, 49, cedera ringan.

Sumber Info:Rosli Ilham dan Khairul Hamizy Ramlee (node53349)
Isnin, 25 Mei 2015 @ 5:45 PM





Sumber Foto:
-Mshahrils Lenz
-Syaz_one
=Muhammad fahmie
-#DiTw
-#InfoGanu
-#InfoCrewBSKHku

Jika Anda ingin menjadi crew Penyampai Info BSKHku Hubungi para Admin Di Talian yang tertera

Lawati Kami Di Tapak Facebook Untuk Mendapat Berita Yang di Kemaskini

Sabtu, 23 Mei 2015

Dua Perompak Kereta Di Berkas Di Klang



Klang: Polis menahan dua lelaki dan merampas tiga pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di dalam gudang di Taman Perindustrian Meru Indah, Klang, malam tadi.
Menurut sumber, lelaki berusia 27 dan 47 tahun itu ditahan polis selepas diekori dari kawasan Meru di sini, sejak 12.30 tengah hari semalam.
Katanya, selepas ditahan, polis di bawa ke sebuah gudang dan pemeriksaan menemui tiga Toyota Hilux yang mana sebuah daripadanya berada di dalam kontena.
"Hasil pemeriksaan lanjut, semua kenderaan itu dilaporkan hilang di beberapa kawasan di Lembah Klang sebelum ini," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan itu.

Sumber Info:Ekhwan Haque Fazlul Haque (node 52240)
Rabu, 20 Mei 2015 @ 11:03 AM


Laporan awal serbuan dilakukan sepasukan Peg/ang D4 Ipk selangor bersama D8 B.Aman, D4 Ipd Sg. Buloh brsama KPB Sg. Buloh telah membuat serbuan di sebuah gudang di alamat:
Lot 188A, Kampung baru sg. Buloh, 47000 Sg. Buloh selangor.
Semasa serbuan terdapat 3 (l)(c) berada di dalam gudang & sedang meleraikan komponen kenderaan jenis Hilux. Butiran tangkapan:
B1. Wong Kok Keong
Kp: 670625105797
(12 rekod lampau)
B2. Lim Chee Sian
Kp: 840307105539
(Tiada rekod)
B3. Tan Kee Keat
Kp: 8107105697
(1 rekod lampau)
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 1 kontena l/kurang 40kaki no. MSKU 981480 5 & 1 treller no. Pendaftaran NAV3670 & T/BB 2687 di mana di dalam nya mengandungi 3 buah kepala kereta hilux double cab brsama komponen lain yg dileraikan.
Pemeriksaan di bhgian hujung dlm gudang menjumpai lagi 2 buah kereta jenis hilux double cab dalam proses untuk dileraikn.
Turut dijumpai beberapa keping plat pendaftaran & Roadtax kenderaan.
đŸ‘‰siasatan awal dr okt #(1) menyatakan telah beroperasi meleraikan di gudang selama l/kurang 3 bulan. Dimana telah dibawa keluar sebanyak l/kurang 10 buah kontena (1 kontena 3 kereta). B2 & B3 mengaku telah ikut B1 kerja slama l/kurang 2 bln.
2. Antara barang rampasan;
2.1. Plat no pendaftaran
2.1.1. W8599F
2.1.2. AJH7119
2.1.3. PJY8373
2.1.4. PLQ5566
2.1.5. AHV3808
2.1.6. AJT8310
2.1.7. WB9941K
2.1.8. MCJ3389
2.1.9. JNY1382
2.1.10. AJH7116
2.1.11. PLD9039
2.1.12. JPQ9636
2.1.13. JPQ6636
2.1.14. JPX6197
2.1.15. CDJ9088
3. Semakan chasis Kenderaan yg dijumpai
3.1. PN133JV2508561179 (MCN9833)masih hilang brsabit NILAI rpt 4383/15.
3.2. MR0FZ29G101651466 (W9827H) masih hilang bersabit SERI KEMBANGAN rpt 5277/15.
3.3. MR0FZ29G102520905
(WYW7787) masih dilaporkan hilang bersabit BKT. SENTOSA 3548/15.
3.4. MR0FZ29G701655876 (WWM9188) masih dilaporkan hilang bersabit KEPONG rpt 5353/15.
3.5. PN133JV2508564678 (WA9068R) masih dilaporkan hilang bersabit KEPONG rpt 5407/15.
4. 1 buah forklift NISSAN

Sumber foto:
Info Cegah Jenayah @Kulim


Jika anda berminat untuk menyertai menjadi sebahagian Crew BSKHku.Anda bolehlah meninggalkan no Talian Anda Pada Admin Tersebut Di Dalam Foto Ini.Nyatakan Nama dan Tempat Anda .

Lawati Kami Di Halaman Facebook untuk Mendapat kemaskini Yang Terkini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku