Khamis, 9 April 2015

AL-FATIHAH :Bekas wartawan Berita Harian, Khairul Anuar meninggal dunia Malam Tadi.



KOTA BHARU: Bekas wartawan BH, Khairul Anuar Abdul Samad, 53, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) jam 8.45 malam tadi.
Isterinya, Rozita Abdul Ghani, 46, berkata Khairul menjalani pembedahan di perut akibat penyakit usus pada 31 Mac lalu di HRPZ.
"Selepas berada di Unit Rawatan Rapi selama tujuh hari, beliau kemudian ditempatkan di wad biasa semalam.
"Bagaimanapun, keadaannya menjadi kritikal hari ini dan meninggal dunia pada jam 8.45 malam ini," katanya.
Jenazah Khairul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunjung sebelum Zuhur hari ini.

Sumber Info :Berita Harian KHAMIS, 9 APRIL 2015 @ 12:58 AM



KHAIRUL Anuar (kanan) menerima cenderahati daripada Pengarang Berita (Unit Khas) BH, Wan Jailani Razak sambil diperhatikan Ketua Biro BH Kelantan, Anwar Hussin (tengah), pada hari terakhir bersama BH selepas mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) Disember lalu. - Foto BH




Arwah Khairul Anuar Abdul Samad



Sumber Foto:
-NSTP
-Berita Harian

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/

Tiada ulasan: