Khamis, 9 April 2015

Toyota Wish Vs Lori 3 Tan

Jempol: Gara-gara mengelak pokok tumbang, seorang pemandu kereta maut apabila terbabit dalam kemalangan di Jalan Bahau-Rompin, 6.30 pagi tadi.
Mangsa Muhamad Riduan Abdul Karim, 35, memandu Toyata Wish dalam perjalanan pulang dari Pasar Borong Bahau menuju ke Gemas.
Menurut saksi sebaik tiba di lokasi mangsa mengelak pokok tumbang di laluannya dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tiga tan dari arah Gemas.
Mangsa yang juga seorang peniaga dan Ketua Pemuda UMNO cawangan di Taman Sentosa dekat Gemas maut di tempat kejadian manakala isteri dan anak perempuannya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Jempol.
Pemandu dan dua penumpang lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber Info:Abnor Hamizam Abd Manap Rabu, 8 April 2015











Sumber Foto:
-Aliff Shafili
-DiTw
-JBPM

---------------------------------------------------------------
Untuk melihat senarai himpunan video dan senarai berita yang telah di muat naik.
Sila Lawati Halaman
https://twitter.com/baganseraiku
https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku
http://baganseraikampunghalamanku.blogspot.com/
‪#‎baganseraikampunghalamanku‬ ‪#‎Kemalanganjalanraya‬ ‪#‎accident‬ ‪#‎news‬ ‪#‎viral‬ ‪#‎kebakaran‬ ‪#‎Murder‬ ‪#‎KhidmatMasyarakat‬

Tiada ulasan: