Ahad, 3 Mei 2015

Kilang Samling Plywood Terbakar



Miri: Stor simpanan papan lapis musnah dalam kebakaran di kawasan perindustrian Kuala Baram, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada 11.20 malam itu, ribuan papan lapis membabitkan nilai ratusan ribu itu hangus.
Jurucakap Balai Bomba Lopeng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.23 malam berhubung kejadian itu.
Katanya, sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal pada 12.30 malam.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber Info:Mohd Rizal Abdullah (node 48005)
Ahad, 3 Mei 2015 @ 2:10 AM

Sumber foto:JBPM





https://www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku


Tiada ulasan: