Ahad, 3 Mei 2015

Mayat Pegawai Polis Telah di Temui


 Sepang: Mayat lelaki dipercayai pegawai polis ditemui pada kedalaman 15 meter dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong dekat sini, 10.30 pagi tadi.
Ketua Zon Selatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Penguasa Kanan Bomba II, Azmi Saadon Azmi Saadon berkata, mangsa sebelum ini dikhuatiri lemas selepas kereta milik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dipandunya terjunam ke dalam lombong itu pada 10 malam Jumaat lalu.
Menurutnya, jarak dari tebing lombong dengan lokasi mangsa ditemui dianggarkan sejauh 20 meter.
"Anggota penyelamat kemudian menaikkan kereta dan mayat mangsa dari lombong berkenaan pada 11.50 pagi menggunakan kren.
"Mayat mangsa diserahkan kepada forensik polis dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan kereta milik IPK Kuala Lumpur dipandu seorang individu terjunam ke dalam lombong di Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong.

Sumber Info:Siti A'isyah Sukaimi (48189)
Ahad, 3 Mei 2015 @ 1:51 PM

Artikel sebelum ini yang bersangkutan  http://fb.me/6x4lAtUEq






Makluman berkenaan kes sebuah m/kar terbabas dan masuk ke dalam lombong terbiar di Putra Perdana. Kes bersabit Trafik Sepa ng rpt: 4217/2015.

Pada 01/05/2015 jam lebih kurang 2155hrs Bilik Gerakan Ipd Sepang telah terima makluman dari orang awam yang menghubungi talian 999 memaklumkan pekerjanya 1 (l)(w/negara Myanmar) telah lihat sebuah m/kar dipandu laju dari arah Putra Perdana memecut laju ke arah lombong yang berada di hadapan jalan dan terus menjunam ke dalam lombong tersebut. Saksi tersebut tidak pasti jumpa orang di dalam m/kar tersebut. 
Pihak bomba telah dimaklumkan dan sepasukan bomba dari Balai Bomba Cyberjaya telah tiba di lokasi kejadian dan dibantu dengan pasukan penyelam. Semasa usaha mencari m/kar tersebut telah timbul kompenan m/kar tersebut iaitu bumper hadapan. Hasil semakan no.pendafatarn yang diperolehi dari bumper tersebut dapati no WTR 2047 didaftar atas syarikat Spanco Gombak. Usaha mencari diteruskan sehingga jam lebih kurang 0230hrs di mana operasi mencari diberhentikan sementara dan akan disambung pada 02/05/2015 jam 0900hrs.

Io telah menghubungi pejabat Spanco Gombak dan dapati m/kar tersebut diguna oleh Bahagian Logistik IPK Kuala Lumpur.

Hasil semakan dengan IPK Kuala Lumpur (Peg.Bertugas Insp. Zarani) mengesahkan kenderaan tersebut dalam kegunaan IPK KL di bawah Cawangan Narkotik KL. 
Pohon Tn semak dan sahkan kenderaan WTR 2047 digunakan oleh Narkotik KL dipercayai kereta ini diPandu okeh Insp Sukri pegawai penyiasat FOP IPK K.L
Saya bersama pegawai akan pergi ketempat kejadian.



Drp Acp Wan Abdullah KJSJN KL
[12:10pm, 03/05/2015] Jawa Banana Group: Assalamualaikum Tuan,

Maklumat dari anggota di lokasi "SAR" Putra Perdana anggota TLDM Laska kanan Zakaria Bin Zahari Jam 1025 hrs telah jumpa lokasi m/kar mangsa.
[12:11pm, 03/05/2015] Jawa Banana Group: Makluman dan perhatian group Putrajaya comman.

Update pencarian kereta pasukan dan mangsa Asp Sivananthan..setelah 24 jam pencarian masih tiada penemuan objek yg dikesan..

Pada 030100 Hrs pasukan SAR tlah kesan objek keras melalui magnet..dipercayai kereta yg dicari..esok navy akan bantu cari.
[12:12pm, 03/05/2015] Jawa Banana Group: Assalamualaikum Tuan,

Laporan dr subtek OPS SAR putra perdana.

03051150hrs Mayat mangsa (1) telah dibawa naik ke atas. Kenderaan masih dlm proses diapungkan.

DCC Sepang.



Sumber Foto:
-JBPM
-MTRCREW telegram

www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku



Tiada ulasan: