Jumaat, 17 April 2015

Pemuda Yang Menikam Tunangnya Di Kluang Telah Di Berkas

Sumber Foto:Arkib BSKHku


Johor Bahru: Suspek kes tikam bekas tunangnya di kawasan tempat letak kereta Econsave Kluang ditahan polis di Kota Tinggi, malam kelmarin, ketika cuba meloloskan diri ke negara jiran.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek ditahan kira-kira 10 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kehadirannya di kawasan berkenaan.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan di kawasan hutan di sekitar Kota Tinggi.
"Dipercayai suspek sudah membuat tempahan bot untuk ke negara jiran.
"Dia dipercayai sedang menunggu bot untuk meloloskan diri sebelum berjaya ditahan," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Sumber Info:Isma Ismail (node44220)
Khamis, 16 April 2015 @ 1:28 PM

Sumber Foto:Arkib BSKHku

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan pemuda yang dipercayai menikam mati gadis bekas tunangnya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya di Kluang, Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemuda berusia 20-an itu ditahan kira-kira 10 malam di Bandar Penawar, Kota Tinggi, dua hari lepas.
"Ketika ditahan, pemuda itu dipercayai sedang menunggu bot dalam usaha meloloskan diri ke negara jiran menggunakan laluan tidak sah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pemuda itu kini direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menghubungi polis bagi melengkapkan siasatan.

Sumber Info - Bernama (0416)
16 April 2015 @ 15:34pm


Artikel Terdahulu Boleh Di Baca Di Link Ini


Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 

Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 


Tiada ulasan: