Jumaat, 17 April 2015

Penuntut UTAR Maut Di Rempuh Kereta Di KM 33.7 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.


Sumber Foto :Lan Ipoh

Kampar: Penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya dirempuh kereta lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33.7 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, S Hemala, 20, dalam perjalanan pulang ke kolej bersama empat lagi rakannya selepas selesai membeli belah di pasaraya.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dirempuh kereta model Nissan Sylphy.
"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba lalu dirempuh di bahagian tepi kanan oleh kereta yang memandu lurus.
"Akibat kemalangan terbabit mangsa mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, empat lagi rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu kereta mangsa diambil keterangan sehingga kes selesai.

Sumber Info:Asrizal Aris (node44272)
Khamis, 16 April 2015 @ 8:30 PM












Sumber Foto:
-Lan Ipoh
-DiTw
-Syam Kamal
-Romihadi Rose

Jika Anda Ada sebarang Berita / Foto Kejadian Terkini Anda Yang Ingin kongsikan secara Sukarela 
Anda Boleh hantar Bahan Artikel tersebut ke Whatsapp 
melalui Talian Hp +601126422627 
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku




Tiada ulasan: