Rabu, 20 Mei 2015

Pasar Malam Bagan Serai Perak

Pada Setiap Hari Isnin,Jalan Sepakat Pusat Bandar Bagan Serai Perak Akan Menjadi Tumpuan Masyarakat Di Kawasan Sekitar Untuk Datang membeli Belah Keperluan Barangan di Pasar Malam.
Jadual Waktu Buka : Pada setiap 4:00 Petang- 7:30 Malam
Iannya Menjadi Salah Satu Denyutan Nadi Kemeriahan Bagi Pekan Kecil Seperti Bagan Serai dengan adanya Pasar Malam Ini.
Pada Tahun 90an ke bawah pasar malam bagan serai di buka di Kawasan Dataran Bagan Serai,yang mana pada masa itu cukup meriah kerana jangka masa perniagaannya bermula dari jam 4:00 petang sehingga ke Jam 11:00 malam.
Semoga suatu hari nanti ada satu inisiatif untuk melanjutkan waktu perniagaan perniagaan.




Jumaat, 15 Mei 2015

Sebuah Lori Merempuh Pondok Tol Behrang


Behrang : Empat cedera selepas sebuah lori merempuh pondok tol di Plaza Tol Behrang, di sini, 5.33 petang tadi.
Menurut saksi kejadian, mereka yang cedera adalah jurutol bertugas, dua kelindan dan pemandu lori terbabit.
Katanya, jurutol itu dikatakan cedera di kaki akibat tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berhampiran oleh orang ramai untuk dirawat.
"Dua kelindan lori dan pemandu lori cedera diberapa anggota badan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.33 petang sebelum ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba anggota bomba mendapati seorang pemandu lori tersepit.
"Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan alat keselamatan dan diserahkan kepada pasukan paramedik untuk dibawa ke hospital berhampiran,"katanya.

Sumber Info:Rosman Shamsudin (node 50939)
Khamis, 14 Mei 2015 @ 9:19 PM









Sumber Foto: 
-Mohd Farizan
-Ashraff Najib

Lawati Kami Di Tapak Facebook untuk mendapat berita yang di kemaskini

2 Wanita Maut Di Sri Lalang Laut



Mersing: Dua wanita maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan motosikal lain di Jalan Persiaran Pantai Kampung Sri Lalang Laut dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian 5 petang itu, Aishah Sabri, 44 dan pembonceng motosikal, Fatimah Mat Said 23 dari Air Papan ke bandar Mersing dikatakan membelok ke kanan sebelum dilanggar dari belakang oleh motosikal lain.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah di kepala.
Aishah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Mersing, manakala Fatimah meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, penunggang motosikal yang melanggar motosikal mangsa dikenali sebagai Salleh Roslan, 63, turut parah dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber Info:Mohd Sah Muda (node 50950)
Jumaat, 15 Mei 2015 @ 12:02 AM






Foto:Salah Satu Daripada Mangsa Kemalangan Terbabit
Sumber Foto:
-Nora Rosli
-Dumex Jiman
-Ayie Sempoi


AL-FATIHAH


Lawati Kami di Tapak Asal Di Facebook Untuk Mengikuti Berita Yang sentiasa di kemaskini

Hanya Kerana Minyak Lori Bocor Isterinya Maut


Gara-gara minyak sebuah lori tayar 10 tumpah di atas jalan menyebabkan 3 sekeluarga yang sedang menaiki motosikal pada awal pagi tadi telah terbabas dan terbalik.Insiden itu menyebabkan 3 sekeluarga itu jatuh terpelanting berlainan arah.Si suami dan anaknya berusia 2 tahun jatuh di atas permukaan Tanah manakala si isteri jatuh di atas permukaan Jalanraya yang mana telah menyebabkan si isteri maut serta merta di tempat kejadian.Suami dan anak tersebut hanya mengalami cedera ringan.Pemandu lori tersebut mengaku bahawa punca kemalangan adalah dari tumpahan minyak lorinya yang bocor.Insiden berlaku di Jalan Rangsit-Pathum Thani berhampiran Kolej Pertanian Bangpoon.
Sumber Info & Foto:ประเวศน์ เปลื้องกลาง
14 Mei 2015 @ 12:20pm
========================================
Teks Original adalah seperti di bawah
เกิดเหตุสลดใจ เมื่อช่วงเช้ามืดที่ผ่าน มีรถบรรทุก 10 ล้อ ทำน้ำมันเครื่องตกหล่นบนถนน สาย รังสิต-ปทุมธานี หน้าวิทยาลัยการเกษตร บางพูน เป็นทางยาว จึงทำให้รถจักรยานยนต์ เสียหลักล้มกันเป็นจำนวนมาก
แต่ก็ต้องสลดใจกับครอบครัวหนึ่ง ซึ่งขี่จักรยานยนต์มากัน 3 คนพ่อแม่ลูก รถได้เสียหลักล้มลงไหลไปกับพื้นถนน พ่อแม่ลูกได้กระเด็นไปกันคนละทิศละทาง ส่งผลให้ผู้เป็นแม่เสียชีวิตต่อหน้าต่อตาผู้เป็นลูกและสามี สามีกับลูกก็ได้รับบาดเจ็บ แต่อาการเจ็บของร่างกายของคนทั้งสอง ก็ยังเจ็บไม่เท่ากับการที่ต้องสูญเสีย 1 คน ในครอบครัวไป .. วิงวอนถึงเจ้าของรถ 10 ล้อ ที่รู้ตัวว่าทำน้ำมันเครื่องตก ก็ควรออกมารับผิดชอบด้วยนะคับ คิดว่าสงสารหนูน้อยที่โชคร้ายรายนี้เถอะคับ (ขับรถไปไหนมาไหน ก็ระมัดระวังกันด้วยนะคับ ควรใช้ความเร็วให้เหมาะสมนะคับ)











Lawati Kami Di Tapak Facebook Untuk Mendapat Berita Yang sentiasa di kemaskini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku

Khamis, 14 Mei 2015

Seorang Penyelia Tapak Projek Maut Di Tembusi Besi Cerucuk


Georgetown: Seorang penyelia tapak projek maut selepas kepalanya ditembusi besi cerucuk ketika melakukan kerja di tapak pembinaan di Lebuh Farquhar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa Mohd Fikri Mohd Khidi, 27, terjatuh dari tangga setinggi kira-kira 3 meter yang tumbang secara tiba-tiba.
Dia kemudian terjatuh atas besi cerucuk menyebabkan kepalanya tertusuk besi terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber Info:Hadzlihady Hassan (node
Rabu, 13 Mei 2015 @ 2:50 PM










Sumber Foto:
Mad Semmpoiahh
-Daily Traffic News

Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini 

Rabu, 13 Mei 2015

Empat Pemandu Cedera Parah Di Chendor


Kuantan: Empat pemandu cedera parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung sesama sendiri, di Jalan Kuantan- Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak, di Chendor, dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 3.36 petang itu, keempat-empat mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Kemaman, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti namun semua mangsa dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.
"Kita tidak pasti punca kemalangan sebenar kerana sebaik tiba di tempat kejadian kita mendapati empat kenderaan iaitu lori membawa muatan tanah, Proton Perdana, Nissan Navara dan Proton Wira berada dalam keadaan bergelimpangan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Katanya, semua mangsa yang cedera parah itu dibantu orang awam dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Sumber Info:Shahrul Nizam Mohamad (node 50677)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 6:49 PM













Sumber Foto:
-Miey MTr
-Mamat profia DiTw

Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini

Seorang Ibu Begitu Tenang Membacakan Yassin Untuk Anaknya

Sumber foto:
-Muhammad Fahmie


Kuala Krai: Seorang ibu tenang memangku jenazah anaknya sambil membacakan Yasin selepas anaknya itu meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi.
Rosnani Mohameed, 49, memangku anaknya berusia 22 tahun yang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu depan sebuah van yang tiba-tiba membuat pusingan U.
Mangsa, Shafiq Ab Razak, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari bandar Kuala Krai ke rumahnya di Bukit Sireh, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, mangsa berada di belakang van berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh pintu van sebelah pemandu.
"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di badan dan kepala.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber Info:Rohaida Omar (node 50681)
Rabu, 13 Mei 2015 @ 7:23 PM


Lawati Halaman Kami untuk mendapat berita yang sentiasa di kemaskini
www.facebook.com/baganseraikampunghalamanku